Wednesday, 28 August 2013

Ceriakan Wajahmu, dan Mulakan Menyapa.

23 Ogos 2013, Jumaat


Aku bosan dalam train -> Tegur orang sebelah -> Borak tentang TED Ex, aktivisme, ekonomi, Sejarah, Politik, Sosiologi dan tempat tempat menarik di UK (kerana si dia mahasiswa UK) -> Bertukar FB & berpisah di KL Sentral -> Nak call kawan supaya ambil di Gombak tapi bateri HP mati -> Tawakal yang terlalu -> Terserempak semula dengan si dia -> Minta pinjam HP -> Masalah selesai. 



      Mungkin inilah penangan dari bacaan buku Abbas As Sisi, At-Thariq ilal Quluub (Bagaimana Menyentuh Hati) yang cukup hebat itu. Selepas membacanya, aku pun mula beranikan diri, ceriakan diri untuk menegur orang walau siapa pun dia, walau di mana pun kami bertemu.




     Dan alhamdulillah bila berdepan masalah pada kali ini, Allah titipkan orang yang baru ku kenali di dalam sembang yang panjang ketika dalam KTM itu untuk membantuku. 



     Indahnya bila terbinanya ikatan ukhuwwah. Aku jadi teringat akan Wasiat Luqman Al Hakim yang Bijaksana kepada anaknya sebelum dia meninggal dunia, pesannya , "Wahai anakku bina lah rumah mu di seluruh pelosok dunia"




    maksudnya : bina lah ukhuwwah dengan orang yang layak dibuat sahabat, maka nanti rumahnya akan menjadi seperti rumahmu juga). Wallahualam.

No comments:

Post a Comment