Thursday, 14 August 2014

Ingin Ruang Bersendiri

Setiap hari melalui ruangan ini dengan penuh rasa kekesalan.

Betapa kemampuan untuk menelaah terlalu jelas semakin berkurang.

Dua tiga tahun lepas... gagah lagi habiskan 150 - 200 buku dalam setahun.

Sekarang; tak habis baca pun satu buku, sudah beralih ke yang lain. Sekedar mencari thesis statement, bukan untuk menekuni.

Iya, dulu punya ruang bersendiri. Kini tak lagi.

Tuesday, 12 August 2014

Faham Uslub dan Waqi

"Syeikh, enta tanya soalan macam ni. Silap silap tak balik kita malam ni. Yang datang ni dah la orang kampung."

Seloroh Dr. Wan Adam sebelum mula forum Ramadhan di suatu masjid kampung. Ketika itu saya yang jadi moderator dan menyediakan soalan.

"Soalan mana?"

"Yang ni."

'Apakah perbuatan bidaah yang selalu dilakukan ketika bulan Ramadhan?'

"Semalam tanya kata okay je. Hehe. Tak apa ana twist sikit soalan. Nanti doc selit selit lah."

Menyampaikan yang benar itu satu hal. Uslub juga satu hal. Tak faham uslub, akhirnya nanti kita yang syok sendiri. Dan mungkin juga dipandang kurang beradab.

"Allah dah rakam dah", Hoca Celil Akar

Saya mengajaknya bergambar, beliau berseloroh dalam Bahasa Melayu dengan Telo Turkinya, "Allah dah rakam dah". Kemudian tersenyum.

Sentap.

Itu pengalaman 3 hari bersama Hoca Celil Akar, guru bahasa Turki sehidmiz Ahmad Ammar. Ketika itu kami bersama Hayrat Foundation Turkiye mengagihkan sumbangan Qurban kepada anak yatim di Tak Bai, Narathiwat, juga di Patani dan Yala.

Mereka adalah kader kader Hayrat. Mereka ini insan insan luar biasa yang selalu menjauhi lensa kamera. Dari jauh datang menginfaqkan diri bertahun tahun lama untuk berbakti kepada umat meski wujud sempadan bangsa dan bahasa, meski perlu melepaskan cita cita dan kerjaya.

--------------------------------------

Kita pula, kekadang tu tak buat keje pun. Bergambo yang lebih

Saat Indah masa susah.

Kita akan ingat saat saat kita paling susah. Saat nak makan mi segera pun tak mampu. Lalu digoreng lah nasi berkali kali; bila dah jemu, goreng jemput jemput pula.

Kalau dapat makan lauk pun atas ihsan kawan kawan yang kasihan dan punya ihsan.

Tapi bila kita dah senang sikit, kita lupa semuanya. Termasuk lupa diri sendiri.

Masa ada duit sikit, tekak konon tak boleh terima makanan yang selama ini jadi kebiasaan. Lalu pergi lah kita ke kedai. 3 kali sehari makan, kurang kurang RM15. Itu baru makan. Belum topup, petrol dan lain lain.

Kalau begini, RM600 pun belum tentu cukup sebulan.

Tapi di masa masa genting, kita boleh 'survived'.

Friday, 13 June 2014

Khutbah

Jika khutbah dibaca
Sekadar membaca
Yang mendengar
Pun sekadar mendengar

Apa lah manfaat
Bagi engkau
Bagi aku?

Saturday, 15 February 2014

Taib : Malaysia's most richest man.

You don't need to be a genius to become Malaysia's richest man and to be listed in Forbes's Top 50 richest man in the world. You just need to know how to impoverish people in this God - blessed rich nation. For 33 years it has been, and now he's going to be the Governor of Sarawak?




Thursday, 13 February 2014

Ucapan Tahniah kepada Kepimpinan MPP Unisel BJ '14

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi pengundi di Unisel Bestari Jaya kerana telah melunaskan kewajipan memilih kepimpinan baru bagi Mahasiswa Unisel BJ.

Tahniah dan takziah buat calon calon dari Demi Mahasiswa Unisel - DMU dan Harapan Mahasiswa yang telah memenangi kepercayaan mahasiswa Unisel BJ. Sesungguhnya kepimpinan (qiadah) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif) yang perlu dilunaskan. Manifesto yang dibawa semasa berkempen hendaklah diaktualisasikan ke dalam bentuk tindakan. Jika perlu bersilat, bersilatlah. Jika perlu mendebat, berdebatlah. Jika perlu mendesak, desak lah.



Seramai 954 (21%) mahasiswa turun mengundi. 79% lagi di mana?

~Sang Mantan.

Friday, 7 February 2014

Bukan Kerna Nama

Orang yang mencari nama memang akan kecewa dengan Jemaah atau Gerakan yang diikuti. Jika kita merasa kita sudah berbuat banyak, akan ada orang lain yang berbuat lebih banyak dari kita tetapi tidak pula mahu namanya disebut sebut.


Pernah 'terpukul' dengan kata kata Hoca Celil dari Hayrat Vakfi Turki ketika kami bermusafir sama di Bumi Tak Bai, Narathiwat. ''Allah dah rakam dah'', kata Hoca Celil ketika saya meminta untuk bergambar sama. Meskipun nadanya bergurau, tapi memang sentap jugak lah masa tu.

Small heart, big heart

People with small heart SEE every opening and vulnerability as a force needing to be reckoned with, to be worried over, to be won over.

But people with big heart, they, as if, they possess the   the pre-destined consequences that lie behind every undertaking, every speech that might hurt people.

Saturday, 25 January 2014

Catatan Mingguan 1

Rabu, 22 Jan 2014.

8 pagi, kelas Educational Sociology dengan Tn Hj Baghawi. Kelas untuk takruf je pun tapi ambil masa 3.30. Habis kelas jam 11.30 pagi. aku baru hendak bersarapan. Ingat tak sempat pun nak makan ni tapi rupanya kelas Psycholinguistics dengan Mr. Soo Ruey Shing jam 12 tengah hari cancelled. Baguih gak lah. Aku ambil masa basuh dan sidai baju petang nya. 

Jam 3 petang aku ke bilik gerakan untuk menanyakan tentang tentatif Hari Pengenalan GPTD pada jam 5 petang hari ni. Padahal aku penyelarasnya. Teruk juga aku ni. 

Jam 5 petang sesudah solat Asar, aku bergegas ke BK 12, Fakulti IT & Multimedia. Semuanya sudah siap dan tersedia. LCD pun sudah terpasang oleh sisters. Aku rasa bersalah sebab lambat dan sepatutnya itu kerja aku sebagai lelaki untuk set up kelengkapan. Ahli baru GPTD pun sudah ramai yang hadir. Untung hari tu sebab Abg Safarudin dan Abg Hafiz kata nak turun ke Unisel dari Gombak. Terus ku minta untuk memberi perkongsian tentang misi misi mereka di Syria dan Filipina baru baru ini. Abg Safaruddin sekarang bertugas di Global Peace Mission.

Jam 5.30 bermula lah program, aku memberikan kata kata aluan sedikit. Melihatkan hampir 25 orang ahli baru yang datang adalah semuanya pelajar perempuan, sempat aku bercanda, "Hari ini GPTD dah macam Kelab Wanita pulak kan."

Kemudian aku mempersilakan Abg Safarudin untuk memberikan perkongsian pengalaman, kemudian En Su selaku penasihat GPTD Unisel memberikan pengenalan mengenai GPTD. Ternyata ramai mengenali GPTD hari ini kerana Sehidmiz Ahmad Ammar.

Usai itu kami membentuk kumpulan yang lebih kecil. Sekitar 6-7 orang setiap kumpulan. Aku dan Azmah in charge untuk satu kumpulan yang cuma ada 4 orang. Syafiqah orang Klang, yang lain aku tak ingat namanya. Memang aku ada masalah untuk mengingati nama, dan dalam prinsip berukhuwah, ianya adalah satu masalah besar. Kemudian datang juga seorang hero, Qaslun namanya, dari Sabah. Aku telah mengenal Qaslun dari perkataan Fakhrul dan beberapa facie lain yang kami hantar ke MTS. Qaslun ada potensi besar. CGPA nya pun sangat baik. Nak cari kader mesti lah yang terbaik kan. 

Kami berbual sahaja dan aku menerangkan lebih dalam mengenai GPTD. Saat masuknya waktu Maghrib, kami berhenti dan bergerak terus ke surau FITM. 

Usai solat maghrib, kami berpisah.Kami, Pimpinan PKPIM Unisel bersama En Su, Abg Safarudin dan Abg Hafiz bergegas ke Sg Gulang Gulang, Tanjong Karang. Ada usrah ABIM Selangor. 

Sesampainya kami, jemaah sudah habis solat isya' dan sedang menjamu selera. Kami sempurnakan solat dahulu sebelum makan. 

Ramai orang ABIM yang aku kenal ada. Dan ramai juga aku tak kenal lagi, terutama dari WADAH Selangor. Ada abg Midi, Presiden ABIM dan pensyarah kanan di Unisel, Ada Abg Hanif, Exco ABIM dan pensyarah di Unisel. Ada Abg Kam, YDP ABIM KS. Saudara Fawwaz, Presiden PEPIAS dan ramai lagi. Turut ada Hj Yahya Saari, calon PKR DUN Permatang.

Perbincangan Usrah agak berat. Tadabbur surah Saba ayat 35- 39. Mengenai hidup bermewah mewah dan melahirkan pemimpin merakyat seperti Umar Abd Aziz. 

Usrah tamat jam 10.30 malam. 

Sampai di rumah sewa ku jam 11 malam begitu. 



Khamis, 23 Jan 2014


Sebelah pagi kelas Teaching of Oral-Aural Skills dengan Madam Noraini. Tak banyak dibincang cuma mengenai Course Outline dan class regulation. 

Kelas Media Resources for English Language Teaching dengan Miss Eda jam 2 petang - 5 petang. Terus diberi assignment dan lebih memeningkan kena present esok jam 11 pagi sampai 1.15 petang. Semua ini kerana tak nak buat kelas minggu depan sebab cuti CNY. Nampaknya aku akan tertinggal lagi lah kelas Tafaqquh Fiddin dengan Ustaz Sofyan. 

Jam 6 petang Fakhrul mengajakku ke penempatan pelajar di Tasik Puteri untuk mengadakan usrah kecil kecilan bersama pelajar intake baru. Tapi rupanya ramai juga yang ikut, sekitar 16 orang. Selepas solat maghrib dan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Najib, kami mengadakan takruf dan Fakhrul memberi tazkirah ringkas. Aku tak sempat mengambil no. contact mereka. Tapi aku masih ingat beberapa nama. Najib, Malik, Qaslun, Ehsan, Razi, Ijat, Aizat, Nazim dan... nanti ku cuba ingat lagi. 

Sesudah habis usrah, kami mengajak mereka untuk makan di kedai mamak di Atilia, Tasik Puteri. Biasa lah  bila makan, borak lagi. 

Sampai kat rumah jam 11 malam. Aku terus gagahkan diri siapkan bahan untuk presentation esok. Malam itu aku tidur jam 3 pagi. 




Jumaat, 24 Jan 2014.


Hari ini jam 8 pagi ada kelas English Writing for Academic Purposes dengan Madam Zainon. Aku agak kantuk sebenarnya kerana tak cukup tidur pada malamnya menyiapkan presentation. Puas menahan kantuk, aku tersengguk sengguk. Rasanya banyak kali juga Wazzir, classmate ku, menolak siku ku supaya aku kekar jaga. Akhirnya kelas habis pada jam 10.15 pagi. 

Aku meluru keluar supaya sempat makan, sebentar lagi ada presentation pula untuk kelas Miss Eda Suhana,  kelas Media Resources for English Language Teaching. 

Jam 11 pagi bermula lah kelas, grup kami yang pertama akan melakukan presentation tentang ASSURE Model yang pertama, Analyze Learner. 

Jam 1.15 kelas berakhir, aku sempatkan diri balik ke rumah untuk menukar pakaian. Gamaknya memang tak sempat nak mandi. 1.30 aku sampai di Masjid Umar Abd Aziz, Universiti Selangor untuk solat jumaat. 

Selesai solat, aku sempat berbual dengan ramai juga kawan kawan sekampus di Masjid. Ada yang ku santuni itu menanyakan samada aku akan bertanding lagi dalam PRK. Aku katakan tidak. Aku berbual lagi dengan beberapa orang junior yang aku jaga masa minggu orientasi, MTS. Ku tanyakan di mana mereka tinggal dan macam mana pelajaran mereka. Soalan macam cliche tapi aku memang bersungguh mahu tahu.

Aku bergegas pula ke KFC Kuala Selangor untuk pertemuan dengan sahabat sahabat semasa zaman Pra Universiti SMK Sultan Abdul Aziz. Ketika itu mereka semua sudah menantikan aku. 

Jam 2.45 petang aku sampai. Hanya ada 4 orang, Syafiq, Azim, Syukri dan Halim. Umar sampai lewat sedikit. Kami berbual panjang tentang hidup di kampus.

Kami selesai pada jam 5.30 petang. Aku sampai di rumah sewa ku di Kg Bestari Jaya sekitar jam 6.10 petang.

Belum sempat hendak ku lepaskan lelah, En. Su, murabbi kami di kampus dan juga salah seorang pensyarah kanan di Universiti Selangor menelefon aku, menanyakan sama ada aku free kerana dia akan memberikan tazkirah di asrama sekolah rendah Assam Jawa, Kuala Selangor. Aku agak keberatan sebenarnya. Tapi ku lawan kemalasan, dan aku bersiap, kemudian bergegas ke post guard Unisel. En. Su sudahpun menunggu. Tak lama Fakhrul, Amir PKPIM Unisel pun tiba. Maka bergeraklah kami bertiga ke SK Assam Jawa, KS. Sepanjang perjalanan kami membuat perbincangan santai tentang gerak kerja PRK penggal ini. Aku sebagai Campaign Manager ditagih memberi komitmen lebih, tapi sebenarnya, Fakhrul yang lebih berfungsi. Aku.. entah la. Aku masih kurang berpengalaman. 

Kami tiba sekitar jam 7.20 malam. Adik adik di asrama sudah menunggu kami rupanya. Kami bersalaman dan cepat cepat bersolat maghrib. Seorang adik di asrama itu memimpin solat maghrib. 

Usai solat, En Su menyampaikan tazkirah mengenai Kepentingan menuntut ilmu. Difahamkannya kepada adik adik mengenai erti ilmu, yakni ketibaan diri kepada makna dan makna kepada diri. Sebenarnya memang susah nak memahamkan orang apabila mengambil definisi ilmu Prof. Syed Naquib Al Attas, namun En Su aku kira berjaya juga memahamkan adik adik itu.

Usai itu pada jam 9 malam, kami solat Isya' terlebih dahulu, seorang adik yang lain memimpin solat dan pada akhirnya kami berselawat dan bersalaman. Sekitar jam 9.20 kami bergerak keluar dari sekolah.

Kami berhenti untuk makan di Restoran Bulan sekitar Bukit Badong, Ijok. Sambung lagi perbincangan untuk PRK. Aku sudah lemas. Sisi introvert ku menginginkan supaya cepat lah habis supaya ada masa untuk bersendiri. 

Sekitar jam 11 malam kami sampai di Post Guard, Unisel. Kesian En Su sudah tersengguk sengguk. Mungkin terlalu penat. Walau sekarang mengambil tugas sebagai Ketua Program, tapi masih tegar turun untuk berbakti kepada umat. Kerana hal ini juga aku melawan kemalasan untuk bersenang senang, mengambil teladan dari semangat En Su. 

"Kalau ana tak dapat bagi pengisian nanti enta ganti ana ya." Kata kata itu seakan amanah, dan aku pula bukan pandai sangat nak beri pengisian atau tazkirah. 

Sampai di rumah sewa ku, aku ambil masa untuk online kejap. Aku berbual dengan seorang akak yang sekarang pelajar PhD dalam Bio Chemical di UITM Sg Buloh. 

Jam 1 pagi aku tidur. Esok pagi ada meeting lagi.




Sabtu, 25 Januari 2014

Jam 11 pagi aku sampai ke bilik gerakan GPTD Unisel. Aku terlewat sangat sebenarnya kerana tertidur semula selepas subuh. Kami melalui perbincangan yang berat dan panjang selama sekitar 3 jam untuk gerak kerja PRK 2014 Unisel BJ. 

Jam 2 petang kami makan di sebuah kedai makan sekitar jambatan Kampung Bestari Jaya. Ada masalah sikit sebab tak ada langsung calon lelaki. "Ini dah jadi Harapan Siswi", aku berseloroh. Tapi kami akan tetap mengambil peranan dalam PRK kali ini. Banyak pembaikan dan lompong yang perlu dibaiki dalam barisan MPP.


Aku kemudian tertidur sampai ke petang. 

Selepas solat maghrib, aku keluar makan bersama kawan serumah di sekitar Bukit Badong Ijok. Kedai orang Kelantan. Aku memesan Nasi Goreng Pataya. Fikri, setelah diusik oleh kami untuk belanja satay, dia pun setuju untuk belanja satay. Untung la ada orang nak belanja.

9.30 malam kami sampai ke rumah. 

Esok pimpinan PKPIM Pusat akan turun dalam Persiapan Calon PRK 2014. Tentatif dan bajet semua telah tersedia. Cuma kami yang belum cukup sedia.


Ahad, 26 Januari 2013

Aku bangun lewat sikit untuk subuh pagi itu. Kemudian aku mandi dan keluar untuk sarapan. Jam 8.45 aku bergerak ke Kampus untuk agenda Bengkel Persiapan Calon PRK Harapan Mahasiswa 2014. Ketika itu cuma ada Fakhrul, yang lain sampai kemudiannya. Bengkel bermula Perkongsian Abg Fahmi Samsudin, PSU ABIM Pusat yang juga bekas MPP UIA. Abg Fahmi berkongsi tentang pembentukan imej sebagai calon. Kemudian Gerak Strategik PRK oleh abg Syazwanuddin Shaharuddin, Naib Presiden PKPIM.

Sebelah petang pula, bengkel Pidato dan pembentangan Manifesto yang dikendali oleh En Su.

Akhirnya, bengkel tamat selepas solat maghrib secara berjemaah. Kemudian aku pulang dan berehat. Menyiapkan assignment yang tertunggak. Esoknya kena submit dah.