Friday, 30 August 2013

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke 56


Happy 56th Independence Day to all Malaysians. Some dudes surely asked, "are we really in the state of being 'emancipated'? What is 'Merdeka' anyway? Sounds like Mau duit kah."


Maybe these intrepid words of Rabie bi Amir to Rustum, the Persian Commander could answer to some of your ever-mounting doubt on what is the true meaning of Merdeka or Independence or Emancipation or Liberation.

Hadrat Rabi' bin `Amir entered upon Rustam, the leader of Persia, who had 280,000 soldiers under him.

Rustum addressed him with arrogance of one who has power,
 "What brings you here?

Rabi' was wearing a torn robe and had with him a spear and an old horse.

Rustam told him laughingly, while his ministers and companions were sitting with him: "You came to conquer the world with this spear, an old horse and a torn robe?"

So Rabi` ibn `Amir responded to him, confident in Allah's help:

 “God has sent us to emancipate human beings from worshiping humans to worshiping the humans Lord, to emancipate human beings from tyranny of beliefs to the justice of Islam and from the narrowness of the present life to vastness of the present and hereafter."

Later, Sayyiduna Sa`d bin Abi Waqqas entered this land victoriously.


Such is the end that befell those who did not know Allah, who did not obey his orders, nor shunned what He forbade.






Thursday, 29 August 2013

Wednesday, 28 August 2013

Oh... Demi Masa

Bersara bukan bermakna berhenti menjadi manusia, yang tidak perlu kepada makan dan minumnya, atau terlepas dari tanggungjawab dalam menyara. Lagi lagi dalam keluarga yang tak berapa senang hidupnya.


Sedang Ahlul Falsafah suka peningkan kepala 'tabula rasa' mereka dengan memikir tentang"aku ni wujud ke tidak", seharus kita tanya sejujur rasa sama relung hati yang terdalam, apa.. apa kewujudan kita ini cukup memberi makna kepada kewujudan yang lain? Atau cuma satu kewujudan yang sia sia?


Memang tidaklah wajar menilai manusia atas dasar Functional and Productivity Approach, tetapi kewujudan yang reluctant untuk berfungsi adalah kewujudan yang tidak memberi erti.


Seharusnya kita tidak perlu terlebih bersungguh belajar melambatkan masa dengan bergerak melebihi kecepatan cahaya atau berguru dengan Michio Kaku menghadam falsafah Peledingan Masa nya, yang kita perlu hanya menghargai masa yang ada, biar padan dengan peranan yang kita pegang.


oh.. Demi Masa.. 

Apabila Buah Lagi Keras dari Paku


Semasa di Tingkatan 4 dulu, entah macam mana saya boleh terbuka cerita pasal Kecairan (Liquidity) dalam pembelian aset , sedang masa itu (sampailah sekarang) tak ada tauliah pun untuk bincang tentang perihal ekonomi. Kawan saya yang bijak matematik beriya iya menidakkan saya. 


"Kau ni memandai je. Mana ada term Kecairan tu. Pandai pandai je buat term sendiri". Saya cuma mampu senyum kelat dan diam ketika itu.


Baru baru ni bertemu semula dengan kawan saya itu, "eh kau sekarang buat degree apa?"


"Aku buat Accounting sekarang ni kat ..."


"Oh accounting... So dah belajar lah kecairan .. liquidity tu semua."


"Sampai sekarang kau ingat ya!"


:)


Cakap pasal Tauliah, Robert Kiyosaki ada tauliah ke nak tulis tentang Ekonomi, Real Property, Accounting, Business, Philosophy ni? 

Ceriakan Wajahmu, dan Mulakan Menyapa.

23 Ogos 2013, Jumaat


Aku bosan dalam train -> Tegur orang sebelah -> Borak tentang TED Ex, aktivisme, ekonomi, Sejarah, Politik, Sosiologi dan tempat tempat menarik di UK (kerana si dia mahasiswa UK) -> Bertukar FB & berpisah di KL Sentral -> Nak call kawan supaya ambil di Gombak tapi bateri HP mati -> Tawakal yang terlalu -> Terserempak semula dengan si dia -> Minta pinjam HP -> Masalah selesai. 



      Mungkin inilah penangan dari bacaan buku Abbas As Sisi, At-Thariq ilal Quluub (Bagaimana Menyentuh Hati) yang cukup hebat itu. Selepas membacanya, aku pun mula beranikan diri, ceriakan diri untuk menegur orang walau siapa pun dia, walau di mana pun kami bertemu.




     Dan alhamdulillah bila berdepan masalah pada kali ini, Allah titipkan orang yang baru ku kenali di dalam sembang yang panjang ketika dalam KTM itu untuk membantuku. 



     Indahnya bila terbinanya ikatan ukhuwwah. Aku jadi teringat akan Wasiat Luqman Al Hakim yang Bijaksana kepada anaknya sebelum dia meninggal dunia, pesannya , "Wahai anakku bina lah rumah mu di seluruh pelosok dunia"




    maksudnya : bina lah ukhuwwah dengan orang yang layak dibuat sahabat, maka nanti rumahnya akan menjadi seperti rumahmu juga). Wallahualam.