Wednesday, 28 August 2013

Apabila Buah Lagi Keras dari Paku


Semasa di Tingkatan 4 dulu, entah macam mana saya boleh terbuka cerita pasal Kecairan (Liquidity) dalam pembelian aset , sedang masa itu (sampailah sekarang) tak ada tauliah pun untuk bincang tentang perihal ekonomi. Kawan saya yang bijak matematik beriya iya menidakkan saya. 


"Kau ni memandai je. Mana ada term Kecairan tu. Pandai pandai je buat term sendiri". Saya cuma mampu senyum kelat dan diam ketika itu.


Baru baru ni bertemu semula dengan kawan saya itu, "eh kau sekarang buat degree apa?"


"Aku buat Accounting sekarang ni kat ..."


"Oh accounting... So dah belajar lah kecairan .. liquidity tu semua."


"Sampai sekarang kau ingat ya!"


:)


Cakap pasal Tauliah, Robert Kiyosaki ada tauliah ke nak tulis tentang Ekonomi, Real Property, Accounting, Business, Philosophy ni? 

No comments:

Post a Comment